Saturday, August 7, 2010

D'PK run

Lama jugak aku tak menulis blog ni. sekarang ni di fikiran ku hanya lah family.. Aku lebih jelas dengan matlamat hidupku.. Apa yg aku lakukan aku fikirkan keluarga ku dulu. Aku berharap aku mampu memikul tanggungjawab yg berat memimpin keluarga ini.

Alhamdulillah.. Kini aku sedar..

Tuesday, July 13, 2010

Trill Day

Hurm....
Hari ni amat mencabar pada aku.. Letih sangat.. Dari pagi tadi banyak sangat masalah yg melanda aku di tempat kerja.. Tak boleh tahan sangat.. Hari ni jer aku dah marah banyak Bos atasan aku, org bawahan dll.. Tak tau la nak cakap ape nasib aku pulak.. Silap2 aku boleh kene domestic enquiry tu...

Kepada Bos, anak buah atau other person yg kene marah ngan aku, aku mintak maaf banyak2.. Hari ni aku angin sangat. Ni pon macam ade perasaan nak marah lagi. Aku kene bersabar ni.

Sorry sangat2..

Saturday, June 19, 2010

Tanggungjawab Baru

Alhamdulillah. Kini dah 3 minggu aku bergelar suami. Aku dah mula menyesuaikan diri dengan kehidupan baru aku. Aku amat la berterima kasih kepada parents, adik-beradik, saudara mara dan rakan-rakan yg banyak memberi bimbingan dan nasihat dalam aku mendirikan rumahtangga ini. Tidak lupa buat isteriku yg tersayang, abg amat menghargai pengorbanan mu sayang..

Doakan kami berkekalan dan berbahagia ke akhir hayat.

Saturday, May 22, 2010

Persiapan Selepas Perkahwinan

Ni nak cerita pasal persiapan aku selepas perkahwinan.. Just macam nak buat check list kat sini...

Isteri -> tunggu 28 Mei 2010 baru ready. hurmmm tak sabarnye.. sekarang dah ready dah..
Rumah Sewa -> OK
Electric & Air -> OK
Telepon & Streamyx -> Yg ni isteriku yg apply -> dah OK
Sofa -> OK
TV Cabinet -> OK
Tea Table -> belum beli
Meja Makan -> Dah dapat dah.. Aku gegar kedai tu sampai die org melutut hantar meja... Padan muka...
Cabinet Dapur -> OK
Bedroom set X 2 -> OK, tinggal almari belum deliver -> Dah complete dah..
Rak Kasut -> Opis mate bagi... Thank kawan...
Rak Buku -> erkk kene check balik
Meja Komputer -> OK
TV -> Dah ade.. Hurmm boleh tahan gak...
DVD Player -> Along & Ateh bagi as wedding gift
Peti Sejuk -> OK -> Along nyer gak..
Dapur Gas -> Dah beli.
Gas -> Ok.
Microwave -> tak de. Dengar Kak Ida ngan Ila nak bagi..
Blender -> Dapat dah.. Wedding gift. Thanks
Periuk Nasi -> Dah ade,, 3 tu...
Ketle -> Member bagi, thanks
Mesin Basuh -> Ade jerr, hari tu silap post..
Seterika -> Zura kate die dapat banyak dah...
Komputer -> OK
Knife set -> Sekarang ni nak potong bende boleh lah..
Cooking set -> Hurmmm menaraik.. Ramai tul yg bagi.. Macam nak suruh aku dengan isteri jadi cook jer. Thanks geng..
Tea/Breakfast set -> Ok. Hadiah gak. Terimas.
Lunch set -> Hadiah lagi.. Terimas.
Langsir -> OK, tinggal langsir dapur jer
Cadar X 2 -> Dah ade, Cun tu.. Thanks kawan bagi hadiah.
Alas kaki X 5 -> Dah cukup.
Vacumm -> Tertinggal lak hari tu. Kene ade gak ni.

Erk... panjang nyer list...

Menghitung Hari

Kini cuma tinggal seminggu shj lagi menuju ke gerbang bahagia. Perasaan ku bercampur antara gembira dan risau. Bukan ape, aku tak pasti lagi adakah aku layak menjadi suami yg baik.

Ya Allah... Ko berikanlah aku ketokohan untuk memimpin keluarga ku sebagai seorang suami..

Aku berharap semua majlis pernikahan, persandingan aku berjalan lancar..

Thursday, May 13, 2010

Ku Kembali...

Lama betul tidak aku coretkan tinta di lembaran ini.. Sibuk benar aku di pengakhir zaman bujang ku ini. Kini aku kembali di sini meluah perasaan. Perasaan yg tak menentu..

Bagai rasakan banyak lagi yg aku belum siapkan untuk majlis aku yg tinggal 2 minggu lagi.. Semoga berjalan lancar dan tidak membawa masalah bila ku kembali bekerja...

Aku akan mula bercuti minggu depan.. Ibu aku akan kembali...

Saturday, April 3, 2010

Persiapan

Persiapan akau hampir complete. semua dokumen dah setle. Sekarang ni nak buat persiapan physical la pulak. Kekekekeke..

Saturday, March 13, 2010

Birokrasi

Ahhh.... Benci betul birokrasi kat kampung ni :-(

Cuti

Hurm.. Sekali sekala bercuti panjang ni best jugak.. Aku amik cuti stright 5 hari ni dari khamis hari tu sampai la isnin ni. Selasa baru masuk kerja..

Initially aku plan nak pi service kereta Khamis haritu (done) then aku nak terus balik kampung (pospone Jumaat). So hari Jumaat lepas solat Jumaat aku balik Melaka. Hari ni hari Sabtu, aku setlekan semua requiremnt untuk urusan nikah.. Hehehe.

Esok member aku kahwih.. Nak pi umah die, bagi hadiah... Yg pelik tu ade pulak lagi sorang member aku kahwin baru jemput hari ni... Nak pi ke tak?? Kalau pi nak bagi die ape yer??? Datang makan jer la jawabnyer.. Then aku rase macam nak pi tengok wayang la.. Dah lame tak tengok wayang sorang2.. Rindu pulak zaman bujang2 dulu.. actually aku mmg bujang lagi pon tapi dah berpunya jer la...

Isnin kalau sempat aku nak pi hantar borang permohonan nikah kat Pejabat Agama.. Then nak balik KL dah... Macam nak jumpe seseorang jer...

Sunday, February 28, 2010

Conflict Identity

Hurmmm. Actually aku pon tak tau... Dulu mase aku amik engineering aku ingat aku mmg akan dalam bidang ni selama nya.. Tapi lately ni rase macam best gak jadi petani..

erkkkk... Tengok la pokok cactus yg aku bela ni.. Membesar la pulak die. Hehehe... Comel pokok ni.. Aku suka... Macam tuan die jugak...

Saturday, February 13, 2010

Rindu dan Bosan

Hari ni serba tak kena.. Aku pon tak tau sama ada aku bosan atau kerinduan. Fikiran aku yg amat bingung membawa aku ke satu tempat yg lama tidak aku kunjungi.. Aku pergi menenangkan fikiran ku di Pantai Tanjung Puteri.. Keadaan nya masih macam dulu.. Sempat ku rakamkan beberapa gambar untuk tontonan semua..







Keadaan yg tenang itu dapat menghilangkan kebosanan ku. Aku mendapat sedikit ketenangan darinya..Walau bagaimana pon kerinduan aku terhadap Cik Ur@ masih kekal.. Bantu lah aku...

Masa...

Apa itu masa???

Dimanakah masa???

Is it life or not???

Perkara ini yg aku cuba discuss dengan Cik Ur@.. Agak berat gak.. Dari pandangan aku masa ini adalah satu makhluk yg hidup. Bagaimana ia hidup aku pon tak tahu.. Kalau ade manusia yg genius boleh la tengok2 kan kalau2 boleh jumpa si masa itu..

Macam mana kite org jumpa pasal topic ni sebab kadang2 masa jadi panjang, kadang2 pendek la pulak...

Fikir2 kan lah....

Monday, February 8, 2010

Bersabar lah

"Sabar itu sebahagian daripada iman".

Bersabarlah di atas segala apa dugaan yg mendatang. Semakin aku menhampiri semakin banyak dugaanNya.

Ya Allah kuatkan dan teguhkan pendirian ku. Amin...

Sunday, February 7, 2010

Semalam yg Bahagia

Disini aku cuma ingin mencoretkan yg semalam 6 Feb 2010 merupakan satu hari yg membahagiakan hidupku.. Disini aku tidak akan menerangkan mengapa tetapi pada hari tersebut aku merakan bahagia yg tidak pernah kurasakan...

Have a nice day...

Monday, February 1, 2010

Bercuti Panjang

Hurmmmm.. Kali ni aku bercuti panjang.. Aku dah tak peduli dah kerje ke standby ke aku tetap nak cuti.. Aku sekarang ni sedang bercuti sejak 30hb Jan hari tu sampai esok 2hb Feb.. Alang2 dah sabtu ahad, sambung pilak dengan hari Wilayah then aku amik pulak replacement leave Thaipusam tu terus... Hurm.. Mmg cuti2 Malaysia la...

Sebenarnya banyak jer kerja yg pending kat opis tu.. Tapi kalau kerja bagai nak gile pon tak guna jugak.. Betulll tak???

Jumaat hari tu, mcm biasa kat opis aku ade urgent lagi. Bosan tul. Aku serah semua kat staf aku yhen aku siap2 nak balik then aku terus balik.. Jahat takk... At last sampai aku kat kampung pon kene kacau jugak..

Actually aku balik ni bercuti ni ade beberapa urusan nak aku setle kan. First sekali aku nak tranfer doorgift yg aku beli kat KL ke kampung. Secondly aku nak jumpa fotographer aku then nak amik borang utk register nikah. Nak confirm baju dan pelamin gak. Hurmm banayak tulll.. Aku ingat dah habis dah.. rupenye esok aku kene pi Nilai pulak bawak mak ayah aku beli barang2 kawen lagi.. Hurmmm.. Penat tulll...

Tapi penat2 pasal nak kawen ni tak rasa sangat.. terubat gak dengan telah kaum keluarga, tunang ku.. bakal mak mertua.. hurmm best nyer..

By the way, cuti ni yg terbaik la... Aku happy sangat...

Saturday, January 23, 2010

Dikala nak buat MAPS

Dikala nak buat prestasi kat company aku ni, tiba2 jer baru aku perasan yg project aku tak complete lagi. Dah la project tu punya weightage 15%.. Hurm.. Kalau tak complete habis la aku dapat band 2 la tahun ni..

Aku budget2 kalau la MAPS tahun ni dapat 4 ke boleh la duit bonus tu aku buat untuk belanja kahwin.. Tapi kalau macam ni tak tau la nak cakap.. Nasib baik bos aku bagi peluang sampai minggu depan untuk complete kan projek tu.. BTW aku rasa masih tak mencukupi sebab banyak gile yg tak complete lagi.. Aku berserah jer pada tuhan..

Seperkara lagi... Lately ni aku mcm ade krisis pulak ngan bos aku.. Adeih.... Tak tau la nak cakap..Hopefully semua nye akan jadi ok dan harap2 aku dapat band 4 tahun ni...

Monday, January 18, 2010

TM Family day

Tempoh hari, hari sabtu, Kelab TM Menara menganjurkan Family day di Desa Waterpark. erkkk best gakkk..

Lama dah tak tulis blog ni.. Rase kekok pon ade..

Aku pi dengan the One.. Best gak la.. Even though aku tak mandi kat sane, tapi mmg best tak terkata.. Kalau dapat mandi lagi best...

Kiteorg dapat hamper.. besaq jugak.. Nombor berapa ratus entahhh.. Tapi dapat la jugakkk.. Mmg Cik Zura ni amat bertuah la...

Tuesday, January 12, 2010

Perasaan yg meluap-luap

Hari ni entah kenape entah aku ade perasaan yg meluap2. Actually tadi aku pi Digital Mall, tiba2 aku tertarik dengan Hard Disk dan Camera.

HDD yg aku nak beli tu 150GB jer, harge die about RM500. Harga die mahal sikit sb die Velocity Raptor.. Errkkkk untuk gaming tu....

Lagi satu aku tengok kamera.. Nikon D3000 berharga about RM2k.. Macam nak angkat jerrr.. Aku pulak tengah gile camera ni..



Kalau tak pikir ade hari besar tak lama lagi ni aku dah beli dah nikon tu.. Syukur gak aku tak beli kamera tu... Kalau tak.. mesti kering aku hujung bulan ni.

Saturday, January 9, 2010

Choclate Fair

Sekarang ni ade Choclate Fair kat Mid Valley.. Kalau korang berminat silakan la..

Tempat : Exibition Hall, Mid Valley
Tarikh : 8-10 Januari 2010

Untuk makluman, coklat dapat membantu menghilangkan stress. Selain tu coklat jugak mengandungi kalori yg tinggi. Hati2 kawan... Kalau you all tak berapa burn kalori, jgn makan banyak2, nanti gemuk.

Aku suka makan coklat tapi cuma dua je.. Satu Brand M dan satu lagi Jenis D. Aku biase makan coklat bile panjang gunung ke, bersukan ker atau aktiviti lasak. Die cepat bagi tenaga balik la.

So. Gunakan la sebaiknya..

Letihnya...

Hari ni teramat letih..

Pagi2 lagi aku dah tak de mood nak jalani hari ni.. Aku keluar ngan mak dan adik aku. Die org ade nak cari baju kat Jalan TAR. Mengenangkan mereka aku pergi la.. Masuk jer kawasan jalan TAR tu aku cari la parking.. Perhh 3 kali pusing baru nak jumpa parking.. Lepas tu jalan nak pi situ dah la jem teruk adeihhh.. Kat sane mak ngan adik aku beli tudung dan baju.. Eh tak lupa carpet pon ade.. Aku punye la pelik, carpet harga 5k boleh discount sampai 1k jer.. What ever la.. Women right..

Dah habis kat jalan TAR, perut pon dah lapar.. Aku bawak la mak ngan adik aku makan kat Ali Cafe.. Nasib baik service memuaskan, rilek la sikit kami bertiga.. Lepas tu kami solat semua, bersiap nak jalankan plan seterusnya..

Plan seterusnya tu adelah beli gelas untuk door gift aku.. Cabaran kat sini adalah banyak. Aku kene beli dalam 2000, tapi hari ni baru beli 400 lebih. To be exect 7 x 4 x 17 = 476 biji. Kat sane kite org angkat masuk troli.. Kene amik satu2 tu.. Lepas bayar nak kene masuk kereta pulak.. Tu pon satu2 gakkk.. Punye la letihhh perhhh..

Sampai rumah cawan tu aku tinggal jer dalam kereta... Sebab esok nak transfer masuk kereta ayah pulak, die nak bawak balik Melaka.. Kat rumah aku tangkap bantal bawak kat hall terus melelapkan mata.. Perhh bende tu jer yg best sekali..

Since aku dah energize balik ni, nak la aku bertukar2 cerita... Dengan siape... Hehehhe.. Ade la....

Friday, January 8, 2010

Jumaat yg panjang

Hari ni aku mcm biase jer.. Kat opis walaupun perasaan aku biase jer aku berlakon happy.. Hehehehe ... bukan ape, kalau kita tak buat happy, semua org satu opis takut tengok aku... Hehehhe..

Aku ingat hari ni aku nak balik awal tadi, tapi at last aku aku balik kul 6 jugak. Budget nak pi Chow Kit awal tadi nak cari door gift tapi hari macam nak hujan tu yg buat delay sikit tu...

Aku pi Chow Kit jugak akhirnya.. Mula2 naik motor.. sampai bangsar hujan makin lebat pulak.. Terpaksalah aku parking kat KL Sentral pastu naik Monorel.. Lama gak aku tak naik monorel ni sejak aku beli kereta.. Keluar ngan Cik Zura pun selalu naik kereta jer.. Lagi pon kite org tak masuk bandar sangat so aku boleh jer la nak bawak kereta.. Kalau masuk bandar mcm malas nak bawak kerata.. Hehehehe.

Sampai kat Chow Kit aku cari la kedai jual mug.. Tapi tak jumpa la... Aku balik tangan kosong jerrrr... Macam PM buat lawatan kat Library jer.. Erkkk bosann....

Lepas tu aku balik KL Sentral amik motor dan............
Aku pi potong rambut la.. Rambut dah panjang aku rimas sikit.. La ni rambut aku dah pendek dahhhh best nyer.. Mandi pon dapat rase air.. hehehehe..

Lepas tu aku dapat SMS adik aku.. die kate mak aku nak keluar esok.. Sebenarnye aku ade janji ngan Cik Zura... Aku kene cancel la dengan Cik Zura esok.. Bawak mak aku dulu la.. die nak cari ape entah.. Tapi aku rase nak cari barang untuk aku kawen gak.. So aku posponse dulu (boleh kan Cik Zura??)

Malam ni aku tak makan lagi.. mcm lapar tapi tak pe la.. Nak diet.. hehehe.. K la.. sampai sini dulu hari ni... Nite...

Thursday, January 7, 2010

About my Job

Seperti yang aku janjikan aku nak tulis about kerja aku..

Aku kerja kat TM dalam department SFC. Tugas kami kat sini untuk deliver service kat customer TM. Aku nyer special task adelah untuk buat provisioning cct pastu buat testing.. Aku pulak specialist dalam equipment Tellabs. Kalau kat luar org kerje Tellabs ni gaji besar gile tapi aku sama jer.... Hehheeh...

Kemahiran aku menggunakan NMS tellabs mmg agak mantap la jugak.. Sampai kadang2 Tellabs sendiri pon tanya kat aku cam ne nak buat... Kadang2 tu ade la org Tellabs belanja makan best2.. Hurmm menarik gak...

Satu cabaran dalam kerja aku adalah work load yg teramat banyak.. Kerja punya la kerja kadang2 sampai weekend pon aku kerja... Kadang2 sampai Cik Zura naik marah nagn aku sebab tak dapat nak beri perhatian yg penuh kat die.. Sorry sayang...

Ade hati ke korang nak amik alih tempat aku ni... Kalau nak boleh tapi kene passion sikit.. Tapi aku takkan lepaskan senang2 jer la.. Kene buktikan dulu kebolehan korang.. Hehhehehe.. Selamat bekerja...

Di mana bermulanya

Post yang ni aku nak cerita pasal si die jerr...

Si die ni namenye Azura.. Sebaya jer ngan aku.. Cantik gak errkkkkk.. Aku kenal dengan die mase die kerja kat SFC tempat aku kerja sekarang.. Actually dalam TM ni die lagi senior hehehe.. Mase kat SFC kiti org mmg selalu kerja sama2 la sb kerja kami berkait rapat..

Dah lama la aku pandang die ni. Dari die mula2 masuk SFC lagi.. Aku mmg dah lama nak cakap tapi mcm segan la pulak masa tu... Sampailah satu ketika die nak bertukar ke Department baru. Aku pon tak leh lepas kan saat2 akhir ni.. So aku amik keputusan untuk declare dengan die.. Di situ la bermula segala nya untuk aku..

Sekarang ni aku dah tunang pon dengan die. Tak lama lagi dah nak kawen dah.. hehehe.. Korang doakan lah kebahagiaan kami yer...

Plan Hari Ni

Hehehehe.. Hari ni nak buat ape yer??? Lunch hour ni aku nak lunch ngan kawan2. Die org kata nak bagi kad kawen kat aku. Peluang ni nak makan free.

Pastu kul 3 lebih2 sikit aku nak dly dah.. nak keluar dengan Cik Zura nak setle kan die nye lesen 'L'. Tu la dulu mase kecik2 tak nak amik.. Hehehehe.. Jgn marah Cik Zura... Sebenarnye aku tak sabar nak keluar petang ni.. Bukan sedang dapat peluang nak keluar dengan Cik Zura ni...

Malam pulak aku ingat nak pi Chow Kit Road... Si Rahim kate ade cawan murah2 kat sane. Aku ingat nak la pi survey2 kalau2 dapat murah ke.. Aku nak jadikan doorgift utk wedding aku yg tinggal beberapa bulan ni... Erkkk Risau la pulak bile fikir2kan..

7/1 Erk.. Bosan

Erkk bosan tul aku hari ni... Sampai boleh tulis blog mase opis hour. Kerja pon tak de nak buat ape ni??? Kerja pon slow jerrrr... hehhehehe... Tapi kadang2 best jugak la... Wakakakakaka. Jgn marah ha...

Wednesday, January 6, 2010

Pass Time

Mesti tak best kan kalau baca blog seseorang tanpa mengetahui latarbelakang seseorang tu kan??? So aku nak cerita sikit pasal masa silam aku so that ape yg aku tulis selepas post ini adalah present event. Hehehehe..

Kisah hidup aku bermula pada 6 Mac 1984, 0747H di Segamat, Johor.. Ape ade pada hari ni yer??? Actually aku lahir hari tu... Masa kecik2 sebelum sekolah tadika tu, aku ni gemuk tau.. Disukai ramai lagi.. Maybe sebab aku lemak berkrim kot...



Masa kecik lagi aku dah ade beberapa bende yg aku minat. 1st sekali aku minat pasal ketenteraan.. Tak tau la kenepe aku minat bidang tu. Kecik2 dulu aku selalu tengok cerita "Bukit Kepong" lakonan Jin Shamsudin. Setiap hari aku akan tengok cerita tu.. Sampai sepupu (Kak Nimah) yg jaga aku surukkan la video tape Bukit Kepong tu.. Ade jugak die suruh ayah aku bawah jer VHS player tu pi Penang so that die boleh tengok TV tak yah nak tengok bukit kepong tu.

Ade lagi satu yg aku suka ialah menyanyi. Tapi yg pelik tu aku nyanyi satu lagu jer; Fantasi Bulan Madu nyanyian Search.... Macam pro tu.. Siap pakai tali skipping menyanyi atas kerusi tu... Konon2 macam pentas konsert la tu.... Siap tarik lagi.... Nasib baik la dulu tak de video recorder lagi, kalau tak korang semua boleh tengok aku nyanyi live hari ni....

Semasa aku berumur 5 tahun, aku berpindah ke Melaka. Kat Melaka aku duk ngan nenek kat kampung. Best giler duk ngan nenek. Dulu nenek aku bela kambing. So tiap2 hari aku ngan nenek aku pi kejar kambing. Fit orrr kejar kambing. Ni bukan kambing dalam reban ni.. Kambing ni lepas satu kampung.. Kalau pikir balik sekarang tak tau la sehari aku berjalan berapa kilometer nak cari kambing jer.. Perhhhh...

Kat kampung bermula kisah seorang kampung boy ni... Aku masuk sekolah... Ramai kawan kawan kat kampung.... Kat kampung banayak mengajar aku erti kehidupan.. Kat sini la terbentuk displin dan sikap dalam diri aku.. Kat kampung kami hanya hidup dengan cara yg sederhana.... Tak terdedah dengan dunia luar sangat... Tak de Video game, komputer dan segala yg hi-tech la... Kat kampung aku main gasing, galah panjang, baling selipar, tentu korang semua tak pernah main kan???

Masuk sekolah menengah aku pindah kat umah aku yg sekarang ni... Mase ni aku dah sekolah kat pekan Alor Gajah, Melaka... Terdedah la sikit.... Aku ni nak kire belajar boleh la tahan.. tapi aku tak pernah berpeluang nak masuk sekolah berasrama.. Maybe ade hikmah nyer kot nak jaga mak ngan ayah aku kat kampung.... Sehinggalah aku habis SPM baru la aku berpeluang berdikari sendiri...



Selepas habis SPM aku di offer masuk MMU. Kat sane aku amik Engineering.. Aku appy la scholar TM, dapat la pulak.... Kalau kat MMU tak de scholar boleh botak kepala mak ayah dibuatnya.. Kat sini banyak mengajar aku erti kehidupan.. Masa aku study, semua bende aku kene buat sendiri.. Kat sini banyak mengajar aku berdikari.. Habis jer aku belajar aku dapat offer masuk TM mengikut syarat2 dalam kontrak scolar aku tu...

So sekarang ni aku dah 2 tahun kerje dengan TM. Best jugak kat TM ni.. Tapi kerja aku agak mencabar la.. Maybe nanti aku buat post untuk kerja aku ni.. Hehehehe..

Ok la.. Maybe sampai disini dulu.. Pasni semua akan jadi present time..

Happy surfing :)

Tuesday, January 5, 2010

Tentang Aku

Erkkkk mcm mane nak mula yer??? Lebih baik aku bagi gambaran kasar pasal aku dulu.

Aku manusia biase.. kerja biase.. kepale otak pon macam org biase jer.. Tak de yg special sangat la.. Raut wajah tu chubbi2 sikit. Badan agak besar sikit (tapi tak la mcm tong drum).. Tinggi 2 kaki. Ehhh gurau jer tu actually 5' 4" lebih kurang la. Berat.... pada masa ni dalam 75kg akan datang tak tau lagi tuuu... Hidung kembang sikit. hehehe... Mcm serombong kapal ke??? Mata, sepet sikit kot... Yg lain2 tu lebih kurang jer macam korang semua..

By the way, ini la aku.. Hehehe....

Why Now???

Sebenarnye aku cuba2 jer menulis blog ni... Dulu aku tak share pon hal2 peribadi secara online, tapi kini semua dah berubah...

Blog ni akan menceritakan serba sedikit pasal kehidupan aku. Maybe aku nak buat macam diari jugak la. Ape yg baik korang boleh pakai yg buruk tu jadikan teladan sudah....