Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

Satay DIY

Ni nak cerita pasal bapak mertua aku ni.. Dia ni gemar masak makanan sendiri. Die pernah buat mee bandung, nasi briani macam2 la.. Kali ni satay pulak..

Actually ayah buat utk celebrate anak die yg kembar tu a.k.a wife aku dan adik ipar (Ura & Ila). Best tu satay yg ayah aku buat. Anak2 aku makan dengan penuh kusyuk tu...

Tugas aku, macam biasa la, main api sambil membakar satay...

satay.. Delicious...

proses membakar satay

satay hangus (aku bakar. hehe)

Amir kalau pasal makan...

Wednesday, September 17, 2014

Seharian Bersama Alya Sofea

Pada 15/9/2014 aku bercuti manakala wife bekerja. Nak di jadikan cerita, Alya pulak ditakdirkan tidak berapa sihat pada hari tersebut. so jadi tanggungjawab aku la nak jaga die. Amir aku hantar pi nursery.

Pagi2 tu Alya dah bangun dan siap2 mandi pon. Kami semua hantar Amir dulu. Then macam biasa Aku, Wife dan Alya pi breakfast kat Tepian Bangi. After that aku pon hantar la wife aku ke tempat kerja..

Masa hantar wife ke pejabat, Alya ok jer. After that kite org berdua pi ke Sunway Piramid..

Masa kat Sunway aku bawak Alya tengok org main ski. Alya macam berminat jer.. Nanti die besar sikit aku ingat nak bawak jer die main kat sana. Then kite org pi Jusco beli barang sikit. Nak balik tu kite org berdua makan ice cream. Hurm best nyer...

Masuk dalam kereta Alya macam dah ngantuk. Sampai rumah lepas masuk jer terus segar. Hiss budak ni.. Ingat budget nak berehat. Alya nak makan benjo plak.. Masakkan la utk die. Lepas tu baru la puteriku tu beradu. Bangun jer tido, Alya nak amik Ibu die.. Aku pon terus la begerak amik ibunye di KTM Komuter..

What ever happen, these day are Lovely Day....


Wednesday, September 3, 2014

My Job

Lately ni aku bakal diberi tugas baru. Aku yg dulunya tertumpu pada SDH technology kini akan berubah arah kepada EFM.

EFM ni kalau tak biasa dengar sebenarnya adalah Ethernet First Mile. Some sort like copper technology. Sebenarnya technology ni dah lama dah tapi baru lately ni nak diperkenalkan di Malaysia.

Perubahan kerja ni membuatkan aku bertambah workload yg agak melampau. Aku terpaksa bekerja 2-3 kali ganda sb ni adalah produk baru. Kami bermula de scratch. Dr testing equipment, design system, product developement etc.

Penat mmg penat, tapi aku suka jugak masa2 mcm ni. Kat sini aku banyak belajar benda baru dan dapat kawan2 baru. I like....

Hopefully aku akan berjaya di bidang yg aku ceburi sekarang. Aku tak rasa utk aku, tapi utk anak2 dan family. Doakan lah utk aku yer...

Family Photo 2014

Gambar ni la satu2 nya yg boleh jadi family photo aku tahun ni. Nak bergambar pon susah. Bile anak2 tengok lense jer semua jadi tak keruan.
Gambar ni di ambik masa pegi beraya kat rumah Pak Andak. Tak semena2 gambar ni menjadi plak. So ni jer la yg jadi kenangan utk raya tahun ni.


Wednesday, August 20, 2014

Org Baru Lagi..

Kenapa lah, bila aku nak tulis blog ni jer adalah masa aku akan dapat org baru.. Hehehe.

Sekarang ni wife aku sedang pregnant kan anak kami yg ke-3. Insyaallah aku akan mendapat ahli baru dalam keluarga tahun depan..

Lama betul tak update blog ni.. Aku ingat nak aktif balik dalam menulis blog ni.. Kalau berkesempatan aku akan update lagi dengan aktiviti aku bersama keluarga..

Thursday, December 20, 2012

Kehadiran Orang Baru Lagi...

Lama betul tak post blog ni. Kehidupan aku kini pon telah banyak berubah drpd yg dulu. Aku kini amat bahagia bersama isteri dan anak2.

Anak2????

Yup.. Tanggal 5 Disember 2012 lahirlah anak kami yg baru. Alhamdulillah kami mendapat anak lelaki yg sihat seberat 3.55kg.. Hurm.. Dah sepasang dah. Best2.. Kami namakan anak kami Amir Safwan (Pemimpin yg Baik).. Semoga Amir menjadi Pemimpin yg Baik... Amin...

Pengalaman aku menjadi seorang ayah mmg mencabar. Sampai nak tulis blog pon tak sempat. hehe. Sebenarnya sibuk melayan anak aku yg manja tu.. Aku berharap anak2 kami menjadi khalifah yg baik di muka bumi ini..

Aku tak nak sambung lagi, cukup la dulu setakat ini selepas hampir 2 tahun aku tak tulis blog ni.. Hopefully ade next post tak lama lagi..

Saturday, April 9, 2011

Kehadiran Orang Baru

Aku rasa amat bertuah sekali.. Tanggal 3 April 2011 jam 5.43 pagi aku dikurniakan seorang baby perempuan yg comei.. Hurmm.. Aku namakan die Alya Sofea. Kalau aku siasat2, dia membawa makna 'Ketinggian Keanggunan'. Sesuai benar la dengan baby aku tu...

Pengalaman menjadi ayah tu mmg la tak de.. Dulu aku nak pegang budak kecik pon aku tak berani. Banyak betul yg perlu aku pelajari.. Actually nak belajar tu aku tak kisah sangat. Boleh jer dipupuk. Dapat lagi, semangat menjadi seorang ayah tu banyak mendorong aku..

Semasa isteri aku kat wad bersalin tu, aku ade sekali. Aku cuak gak. Tapi aku percaya semangat isteri aku kuat. Ape yg aku nak nyatakan kat sini ialah aku amat takjub melihat anugerah tuhan tu. Masa baby tu keluar macam nak menagis aku teringatkan macam mane la Allah boleh jadikan seorang bayi.. Masya'allah.. Sampai sekarang kalau aku terkenang masa bayi tu keluar mmg aku nak menangis melihat bayi yg dijadikan oleh Allah itu..

Selain tu, aku amatlah bersyukur dengan kehadiran org baru dalam keluarga aku.. Semoga kehadirannya membawa sinar dalam keluarga kami dan mendekatkan kami dengan Allah S.W.T. Insya'allah...

Wednesday, March 2, 2011

Kemunculan Semula

Salam,
Dah lama jugak aku tak update ape2 dalam blog ni... Kenape yer??? Aku pon tak tau... Sejak aku tau wife aku pregnant, dunia ni aku rasa sangat lengkap. Aku macam tak perlukan hiburan, internet, movie etc yg berkaitan dengan dunia aku yg satu lagi ni (internet)..

Sekarang ni wife aku dah masuk 8 bulan dah.. Kesian aku tengok die.. Sarat jugak.. Kadang2 aku nak tolong pon tak tau nak buat macam mane.. Aku bukan amik bidang kedoktoran pon, apetah lagi pakar ibu mengandung ni.. Ape yg aku mampu buat adalah layan jer la wife aku selain memanjatkan doa kepada Allah yg Maha Berkuasa..

Banyak jugak persiapan untuk jadi bapak ni.. Hopefully aku dan wife aku dapat mengharungi kehidupan bekeluarga ini.. Korang yg mane tengah merancang nak berkeluarga tu banyakkan ilmu pengetahuan pasal rumahtangga ni, perkukuhkan kewangan etc.. Rumahtangga tu satu tanggungjawab yg kita kena pikul bersama sekeluarga...

Saturday, August 7, 2010

D'PK run

Lama jugak aku tak menulis blog ni. sekarang ni di fikiran ku hanya lah family.. Aku lebih jelas dengan matlamat hidupku.. Apa yg aku lakukan aku fikirkan keluarga ku dulu. Aku berharap aku mampu memikul tanggungjawab yg berat memimpin keluarga ini.

Alhamdulillah.. Kini aku sedar..

Saturday, June 19, 2010

Tanggungjawab Baru

Alhamdulillah. Kini dah 3 minggu aku bergelar suami. Aku dah mula menyesuaikan diri dengan kehidupan baru aku. Aku amat la berterima kasih kepada parents, adik-beradik, saudara mara dan rakan-rakan yg banyak memberi bimbingan dan nasihat dalam aku mendirikan rumahtangga ini. Tidak lupa buat isteriku yg tersayang, abg amat menghargai pengorbanan mu sayang..

Doakan kami berkekalan dan berbahagia ke akhir hayat.

Saturday, May 22, 2010

Menghitung Hari

Kini cuma tinggal seminggu shj lagi menuju ke gerbang bahagia. Perasaan ku bercampur antara gembira dan risau. Bukan ape, aku tak pasti lagi adakah aku layak menjadi suami yg baik.

Ya Allah... Ko berikanlah aku ketokohan untuk memimpin keluarga ku sebagai seorang suami..

Aku berharap semua majlis pernikahan, persandingan aku berjalan lancar..

Thursday, May 13, 2010

Ku Kembali...

Lama betul tidak aku coretkan tinta di lembaran ini.. Sibuk benar aku di pengakhir zaman bujang ku ini. Kini aku kembali di sini meluah perasaan. Perasaan yg tak menentu..

Bagai rasakan banyak lagi yg aku belum siapkan untuk majlis aku yg tinggal 2 minggu lagi.. Semoga berjalan lancar dan tidak membawa masalah bila ku kembali bekerja...

Aku akan mula bercuti minggu depan.. Ibu aku akan kembali...

Saturday, April 3, 2010

Persiapan

Persiapan akau hampir complete. semua dokumen dah setle. Sekarang ni nak buat persiapan physical la pulak. Kekekekeke..

Sunday, February 28, 2010

Conflict Identity

Hurmmm. Actually aku pon tak tau... Dulu mase aku amik engineering aku ingat aku mmg akan dalam bidang ni selama nya.. Tapi lately ni rase macam best gak jadi petani..

erkkkk... Tengok la pokok cactus yg aku bela ni.. Membesar la pulak die. Hehehe... Comel pokok ni.. Aku suka... Macam tuan die jugak...

Saturday, February 13, 2010

Rindu dan Bosan

Hari ni serba tak kena.. Aku pon tak tau sama ada aku bosan atau kerinduan. Fikiran aku yg amat bingung membawa aku ke satu tempat yg lama tidak aku kunjungi.. Aku pergi menenangkan fikiran ku di Pantai Tanjung Puteri.. Keadaan nya masih macam dulu.. Sempat ku rakamkan beberapa gambar untuk tontonan semua..







Keadaan yg tenang itu dapat menghilangkan kebosanan ku. Aku mendapat sedikit ketenangan darinya..Walau bagaimana pon kerinduan aku terhadap Cik Ur@ masih kekal.. Bantu lah aku...

Monday, February 8, 2010

Bersabar lah

"Sabar itu sebahagian daripada iman".

Bersabarlah di atas segala apa dugaan yg mendatang. Semakin aku menhampiri semakin banyak dugaanNya.

Ya Allah kuatkan dan teguhkan pendirian ku. Amin...

Monday, February 1, 2010

Bercuti Panjang

Hurmmmm.. Kali ni aku bercuti panjang.. Aku dah tak peduli dah kerje ke standby ke aku tetap nak cuti.. Aku sekarang ni sedang bercuti sejak 30hb Jan hari tu sampai esok 2hb Feb.. Alang2 dah sabtu ahad, sambung pilak dengan hari Wilayah then aku amik pulak replacement leave Thaipusam tu terus... Hurm.. Mmg cuti2 Malaysia la...

Sebenarnya banyak jer kerja yg pending kat opis tu.. Tapi kalau kerja bagai nak gile pon tak guna jugak.. Betulll tak???

Jumaat hari tu, mcm biasa kat opis aku ade urgent lagi. Bosan tul. Aku serah semua kat staf aku yhen aku siap2 nak balik then aku terus balik.. Jahat takk... At last sampai aku kat kampung pon kene kacau jugak..

Actually aku balik ni bercuti ni ade beberapa urusan nak aku setle kan. First sekali aku nak tranfer doorgift yg aku beli kat KL ke kampung. Secondly aku nak jumpa fotographer aku then nak amik borang utk register nikah. Nak confirm baju dan pelamin gak. Hurmm banayak tulll.. Aku ingat dah habis dah.. rupenye esok aku kene pi Nilai pulak bawak mak ayah aku beli barang2 kawen lagi.. Hurmmm.. Penat tulll...

Tapi penat2 pasal nak kawen ni tak rasa sangat.. terubat gak dengan telah kaum keluarga, tunang ku.. bakal mak mertua.. hurmm best nyer..

By the way, cuti ni yg terbaik la... Aku happy sangat...

Saturday, January 23, 2010

Dikala nak buat MAPS

Dikala nak buat prestasi kat company aku ni, tiba2 jer baru aku perasan yg project aku tak complete lagi. Dah la project tu punya weightage 15%.. Hurm.. Kalau tak complete habis la aku dapat band 2 la tahun ni..

Aku budget2 kalau la MAPS tahun ni dapat 4 ke boleh la duit bonus tu aku buat untuk belanja kahwin.. Tapi kalau macam ni tak tau la nak cakap.. Nasib baik bos aku bagi peluang sampai minggu depan untuk complete kan projek tu.. BTW aku rasa masih tak mencukupi sebab banyak gile yg tak complete lagi.. Aku berserah jer pada tuhan..

Seperkara lagi... Lately ni aku mcm ade krisis pulak ngan bos aku.. Adeih.... Tak tau la nak cakap..Hopefully semua nye akan jadi ok dan harap2 aku dapat band 4 tahun ni...

Tuesday, January 12, 2010

Perasaan yg meluap-luap

Hari ni entah kenape entah aku ade perasaan yg meluap2. Actually tadi aku pi Digital Mall, tiba2 aku tertarik dengan Hard Disk dan Camera.

HDD yg aku nak beli tu 150GB jer, harge die about RM500. Harga die mahal sikit sb die Velocity Raptor.. Errkkkk untuk gaming tu....

Lagi satu aku tengok kamera.. Nikon D3000 berharga about RM2k.. Macam nak angkat jerrr.. Aku pulak tengah gile camera ni..



Kalau tak pikir ade hari besar tak lama lagi ni aku dah beli dah nikon tu.. Syukur gak aku tak beli kamera tu... Kalau tak.. mesti kering aku hujung bulan ni.

Thursday, January 7, 2010

Di mana bermulanya

Post yang ni aku nak cerita pasal si die jerr...

Si die ni namenye Azura.. Sebaya jer ngan aku.. Cantik gak errkkkkk.. Aku kenal dengan die mase die kerja kat SFC tempat aku kerja sekarang.. Actually dalam TM ni die lagi senior hehehe.. Mase kat SFC kiti org mmg selalu kerja sama2 la sb kerja kami berkait rapat..

Dah lama la aku pandang die ni. Dari die mula2 masuk SFC lagi.. Aku mmg dah lama nak cakap tapi mcm segan la pulak masa tu... Sampailah satu ketika die nak bertukar ke Department baru. Aku pon tak leh lepas kan saat2 akhir ni.. So aku amik keputusan untuk declare dengan die.. Di situ la bermula segala nya untuk aku..

Sekarang ni aku dah tunang pon dengan die. Tak lama lagi dah nak kawen dah.. hehehe.. Korang doakan lah kebahagiaan kami yer...