Tuesday, November 18, 2014

Pelbagai Language

Aku ni dilahirkan di Johor. Wife aku plak di Pahang. Kami berdua ni guna bahasa Melayu KL jer.

Ape yg pelik nya anak2 aku pulak menggunakan bahasa negeri lain. Macam Alya, die selalu tersebut perkataan menggunakan dialek Negeri Sembilan.

Semalam dan beberapa hari lepas Amir pulak. Die ni ikut dialek Perak pulak. Bile bukak jer buku die tanyer aku "Ni apei?" macam org Perak. Aku pon tak tau budak2 ni mengikut aku ker. Sb kadang2 aku kat opis selalu gak speaking N9. Kalu Perak tu aku selalu speaking ngan member aku si Mirull org Perak kitei. Haha. Nasib baik tak de yg pakai dialek Kedah pulak. Aku selalu gak pakai dialek ni..

That's colourful Malaysian...

Wednesday, October 29, 2014

Satay DIY

Ni nak cerita pasal bapak mertua aku ni.. Dia ni gemar masak makanan sendiri. Die pernah buat mee bandung, nasi briani macam2 la.. Kali ni satay pulak..

Actually ayah buat utk celebrate anak die yg kembar tu a.k.a wife aku dan adik ipar (Ura & Ila). Best tu satay yg ayah aku buat. Anak2 aku makan dengan penuh kusyuk tu...

Tugas aku, macam biasa la, main api sambil membakar satay...

satay.. Delicious...

proses membakar satay

satay hangus (aku bakar. hehe)

Amir kalau pasal makan...

Water Confidence

Weekend lepas ade satu lagi pelajaran baru buat anak-anak aku. Mereka diperkenalkan dengan elemen air. Sebenarnya aku mahu semua anak-anak aku berkeyakinan bila berada di dalam air.

Seperti yg aku jangkakan mmg susah nak ajak anak-anak aku ni mandi di tempat awam. Kalau dalam kolam ok. Tapi bile pi theme park yg ade air pancut semua dieorg ni jadi tak keruan plak.

Nak di jadikan cerita weekend lepas aku dan family pi ke Bayou Lagoon di Melaka. Menarik tempat tu. Entrance fee pon tak mahal sangat (RM20 utk adult). Ni gambar kami semua. Yg last tu selepas anak-anak penat melarikan diri dr air. Hehe. Kene kuatkan semangat ni. Kene banyak praktis...






Tuesday, September 23, 2014

Menyingkap Kenangan

Ditakdirkan pada minggu lalu, Laptop aku aku tak boleh load profile.. Hurm dah dapat masuk balik aku terasa macam nak format. Dalam masa backup file aku tu, aku terjumpa gambar2 ni..


Hurm ni la aku masa masih belajar dulu. Yg lain tu kawan2 aku. Kite org ni pasukan simpanan (Askar Wataniah). Aku masuk ni sebenarnya nak suka2 jer. Bile dah masuk banyak pulak pengalaman yg ditimba, Kawan2 pon ramai.

Ape la khabar kawan2 aku sekarang. Kat mane la die org. Rindu plak rasanya pada kawan2 dan zaman ni. Walau ape pon aku doakan semua kawan2 aku berjaya dan bahagia.


Wednesday, September 17, 2014

Seharian Bersama Alya Sofea

Pada 15/9/2014 aku bercuti manakala wife bekerja. Nak di jadikan cerita, Alya pulak ditakdirkan tidak berapa sihat pada hari tersebut. so jadi tanggungjawab aku la nak jaga die. Amir aku hantar pi nursery.

Pagi2 tu Alya dah bangun dan siap2 mandi pon. Kami semua hantar Amir dulu. Then macam biasa Aku, Wife dan Alya pi breakfast kat Tepian Bangi. After that aku pon hantar la wife aku ke tempat kerja..

Masa hantar wife ke pejabat, Alya ok jer. After that kite org berdua pi ke Sunway Piramid..

Masa kat Sunway aku bawak Alya tengok org main ski. Alya macam berminat jer.. Nanti die besar sikit aku ingat nak bawak jer die main kat sana. Then kite org pi Jusco beli barang sikit. Nak balik tu kite org berdua makan ice cream. Hurm best nyer...

Masuk dalam kereta Alya macam dah ngantuk. Sampai rumah lepas masuk jer terus segar. Hiss budak ni.. Ingat budget nak berehat. Alya nak makan benjo plak.. Masakkan la utk die. Lepas tu baru la puteriku tu beradu. Bangun jer tido, Alya nak amik Ibu die.. Aku pon terus la begerak amik ibunye di KTM Komuter..

What ever happen, these day are Lovely Day....


Wednesday, September 3, 2014

My Job

Lately ni aku bakal diberi tugas baru. Aku yg dulunya tertumpu pada SDH technology kini akan berubah arah kepada EFM.

EFM ni kalau tak biasa dengar sebenarnya adalah Ethernet First Mile. Some sort like copper technology. Sebenarnya technology ni dah lama dah tapi baru lately ni nak diperkenalkan di Malaysia.

Perubahan kerja ni membuatkan aku bertambah workload yg agak melampau. Aku terpaksa bekerja 2-3 kali ganda sb ni adalah produk baru. Kami bermula de scratch. Dr testing equipment, design system, product developement etc.

Penat mmg penat, tapi aku suka jugak masa2 mcm ni. Kat sini aku banyak belajar benda baru dan dapat kawan2 baru. I like....

Hopefully aku akan berjaya di bidang yg aku ceburi sekarang. Aku tak rasa utk aku, tapi utk anak2 dan family. Doakan lah utk aku yer...

Family Photo 2014

Gambar ni la satu2 nya yg boleh jadi family photo aku tahun ni. Nak bergambar pon susah. Bile anak2 tengok lense jer semua jadi tak keruan.
Gambar ni di ambik masa pegi beraya kat rumah Pak Andak. Tak semena2 gambar ni menjadi plak. So ni jer la yg jadi kenangan utk raya tahun ni.


Wednesday, August 20, 2014

Org Baru Lagi..

Kenapa lah, bila aku nak tulis blog ni jer adalah masa aku akan dapat org baru.. Hehehe.

Sekarang ni wife aku sedang pregnant kan anak kami yg ke-3. Insyaallah aku akan mendapat ahli baru dalam keluarga tahun depan..

Lama betul tak update blog ni.. Aku ingat nak aktif balik dalam menulis blog ni.. Kalau berkesempatan aku akan update lagi dengan aktiviti aku bersama keluarga..

Thursday, December 20, 2012

Kehadiran Orang Baru Lagi...

Lama betul tak post blog ni. Kehidupan aku kini pon telah banyak berubah drpd yg dulu. Aku kini amat bahagia bersama isteri dan anak2.

Anak2????

Yup.. Tanggal 5 Disember 2012 lahirlah anak kami yg baru. Alhamdulillah kami mendapat anak lelaki yg sihat seberat 3.55kg.. Hurm.. Dah sepasang dah. Best2.. Kami namakan anak kami Amir Safwan (Pemimpin yg Baik).. Semoga Amir menjadi Pemimpin yg Baik... Amin...

Pengalaman aku menjadi seorang ayah mmg mencabar. Sampai nak tulis blog pon tak sempat. hehe. Sebenarnya sibuk melayan anak aku yg manja tu.. Aku berharap anak2 kami menjadi khalifah yg baik di muka bumi ini..

Aku tak nak sambung lagi, cukup la dulu setakat ini selepas hampir 2 tahun aku tak tulis blog ni.. Hopefully ade next post tak lama lagi..

Saturday, April 9, 2011

Kehadiran Orang Baru

Aku rasa amat bertuah sekali.. Tanggal 3 April 2011 jam 5.43 pagi aku dikurniakan seorang baby perempuan yg comei.. Hurmm.. Aku namakan die Alya Sofea. Kalau aku siasat2, dia membawa makna 'Ketinggian Keanggunan'. Sesuai benar la dengan baby aku tu...

Pengalaman menjadi ayah tu mmg la tak de.. Dulu aku nak pegang budak kecik pon aku tak berani. Banyak betul yg perlu aku pelajari.. Actually nak belajar tu aku tak kisah sangat. Boleh jer dipupuk. Dapat lagi, semangat menjadi seorang ayah tu banyak mendorong aku..

Semasa isteri aku kat wad bersalin tu, aku ade sekali. Aku cuak gak. Tapi aku percaya semangat isteri aku kuat. Ape yg aku nak nyatakan kat sini ialah aku amat takjub melihat anugerah tuhan tu. Masa baby tu keluar macam nak menagis aku teringatkan macam mane la Allah boleh jadikan seorang bayi.. Masya'allah.. Sampai sekarang kalau aku terkenang masa bayi tu keluar mmg aku nak menangis melihat bayi yg dijadikan oleh Allah itu..

Selain tu, aku amatlah bersyukur dengan kehadiran org baru dalam keluarga aku.. Semoga kehadirannya membawa sinar dalam keluarga kami dan mendekatkan kami dengan Allah S.W.T. Insya'allah...

Wednesday, March 2, 2011

Kemunculan Semula

Salam,
Dah lama jugak aku tak update ape2 dalam blog ni... Kenape yer??? Aku pon tak tau... Sejak aku tau wife aku pregnant, dunia ni aku rasa sangat lengkap. Aku macam tak perlukan hiburan, internet, movie etc yg berkaitan dengan dunia aku yg satu lagi ni (internet)..

Sekarang ni wife aku dah masuk 8 bulan dah.. Kesian aku tengok die.. Sarat jugak.. Kadang2 aku nak tolong pon tak tau nak buat macam mane.. Aku bukan amik bidang kedoktoran pon, apetah lagi pakar ibu mengandung ni.. Ape yg aku mampu buat adalah layan jer la wife aku selain memanjatkan doa kepada Allah yg Maha Berkuasa..

Banyak jugak persiapan untuk jadi bapak ni.. Hopefully aku dan wife aku dapat mengharungi kehidupan bekeluarga ini.. Korang yg mane tengah merancang nak berkeluarga tu banyakkan ilmu pengetahuan pasal rumahtangga ni, perkukuhkan kewangan etc.. Rumahtangga tu satu tanggungjawab yg kita kena pikul bersama sekeluarga...

Saturday, August 7, 2010

D'PK run

Lama jugak aku tak menulis blog ni. sekarang ni di fikiran ku hanya lah family.. Aku lebih jelas dengan matlamat hidupku.. Apa yg aku lakukan aku fikirkan keluarga ku dulu. Aku berharap aku mampu memikul tanggungjawab yg berat memimpin keluarga ini.

Alhamdulillah.. Kini aku sedar..

Tuesday, July 13, 2010

Trill Day

Hurm....
Hari ni amat mencabar pada aku.. Letih sangat.. Dari pagi tadi banyak sangat masalah yg melanda aku di tempat kerja.. Tak boleh tahan sangat.. Hari ni jer aku dah marah banyak Bos atasan aku, org bawahan dll.. Tak tau la nak cakap ape nasib aku pulak.. Silap2 aku boleh kene domestic enquiry tu...

Kepada Bos, anak buah atau other person yg kene marah ngan aku, aku mintak maaf banyak2.. Hari ni aku angin sangat. Ni pon macam ade perasaan nak marah lagi. Aku kene bersabar ni.

Sorry sangat2..

Saturday, June 19, 2010

Tanggungjawab Baru

Alhamdulillah. Kini dah 3 minggu aku bergelar suami. Aku dah mula menyesuaikan diri dengan kehidupan baru aku. Aku amat la berterima kasih kepada parents, adik-beradik, saudara mara dan rakan-rakan yg banyak memberi bimbingan dan nasihat dalam aku mendirikan rumahtangga ini. Tidak lupa buat isteriku yg tersayang, abg amat menghargai pengorbanan mu sayang..

Doakan kami berkekalan dan berbahagia ke akhir hayat.

Saturday, May 22, 2010

Persiapan Selepas Perkahwinan

Ni nak cerita pasal persiapan aku selepas perkahwinan.. Just macam nak buat check list kat sini...

Isteri -> tunggu 28 Mei 2010 baru ready. hurmmm tak sabarnye.. sekarang dah ready dah..
Rumah Sewa -> OK
Electric & Air -> OK
Telepon & Streamyx -> Yg ni isteriku yg apply -> dah OK
Sofa -> OK
TV Cabinet -> OK
Tea Table -> belum beli
Meja Makan -> Dah dapat dah.. Aku gegar kedai tu sampai die org melutut hantar meja... Padan muka...
Cabinet Dapur -> OK
Bedroom set X 2 -> OK, tinggal almari belum deliver -> Dah complete dah..
Rak Kasut -> Opis mate bagi... Thank kawan...
Rak Buku -> erkk kene check balik
Meja Komputer -> OK
TV -> Dah ade.. Hurmm boleh tahan gak...
DVD Player -> Along & Ateh bagi as wedding gift
Peti Sejuk -> OK -> Along nyer gak..
Dapur Gas -> Dah beli.
Gas -> Ok.
Microwave -> tak de. Dengar Kak Ida ngan Ila nak bagi..
Blender -> Dapat dah.. Wedding gift. Thanks
Periuk Nasi -> Dah ade,, 3 tu...
Ketle -> Member bagi, thanks
Mesin Basuh -> Ade jerr, hari tu silap post..
Seterika -> Zura kate die dapat banyak dah...
Komputer -> OK
Knife set -> Sekarang ni nak potong bende boleh lah..
Cooking set -> Hurmmm menaraik.. Ramai tul yg bagi.. Macam nak suruh aku dengan isteri jadi cook jer. Thanks geng..
Tea/Breakfast set -> Ok. Hadiah gak. Terimas.
Lunch set -> Hadiah lagi.. Terimas.
Langsir -> OK, tinggal langsir dapur jer
Cadar X 2 -> Dah ade, Cun tu.. Thanks kawan bagi hadiah.
Alas kaki X 5 -> Dah cukup.
Vacumm -> Tertinggal lak hari tu. Kene ade gak ni.

Erk... panjang nyer list...

Menghitung Hari

Kini cuma tinggal seminggu shj lagi menuju ke gerbang bahagia. Perasaan ku bercampur antara gembira dan risau. Bukan ape, aku tak pasti lagi adakah aku layak menjadi suami yg baik.

Ya Allah... Ko berikanlah aku ketokohan untuk memimpin keluarga ku sebagai seorang suami..

Aku berharap semua majlis pernikahan, persandingan aku berjalan lancar..

Thursday, May 13, 2010

Ku Kembali...

Lama betul tidak aku coretkan tinta di lembaran ini.. Sibuk benar aku di pengakhir zaman bujang ku ini. Kini aku kembali di sini meluah perasaan. Perasaan yg tak menentu..

Bagai rasakan banyak lagi yg aku belum siapkan untuk majlis aku yg tinggal 2 minggu lagi.. Semoga berjalan lancar dan tidak membawa masalah bila ku kembali bekerja...

Aku akan mula bercuti minggu depan.. Ibu aku akan kembali...

Saturday, April 3, 2010

Persiapan

Persiapan akau hampir complete. semua dokumen dah setle. Sekarang ni nak buat persiapan physical la pulak. Kekekekeke..

Saturday, March 13, 2010

Birokrasi

Ahhh.... Benci betul birokrasi kat kampung ni :-(

Cuti

Hurm.. Sekali sekala bercuti panjang ni best jugak.. Aku amik cuti stright 5 hari ni dari khamis hari tu sampai la isnin ni. Selasa baru masuk kerja..

Initially aku plan nak pi service kereta Khamis haritu (done) then aku nak terus balik kampung (pospone Jumaat). So hari Jumaat lepas solat Jumaat aku balik Melaka. Hari ni hari Sabtu, aku setlekan semua requiremnt untuk urusan nikah.. Hehehe.

Esok member aku kahwih.. Nak pi umah die, bagi hadiah... Yg pelik tu ade pulak lagi sorang member aku kahwin baru jemput hari ni... Nak pi ke tak?? Kalau pi nak bagi die ape yer??? Datang makan jer la jawabnyer.. Then aku rase macam nak pi tengok wayang la.. Dah lame tak tengok wayang sorang2.. Rindu pulak zaman bujang2 dulu.. actually aku mmg bujang lagi pon tapi dah berpunya jer la...

Isnin kalau sempat aku nak pi hantar borang permohonan nikah kat Pejabat Agama.. Then nak balik KL dah... Macam nak jumpe seseorang jer...