Tuesday, November 18, 2014
Pelbagai Language
Ape yg pelik nya anak2 aku pulak menggunakan bahasa negeri lain. Macam Alya, die selalu tersebut perkataan menggunakan dialek Negeri Sembilan.
Semalam dan beberapa hari lepas Amir pulak. Die ni ikut dialek Perak pulak. Bile bukak jer buku die tanyer aku "Ni apei?" macam org Perak. Aku pon tak tau budak2 ni mengikut aku ker. Sb kadang2 aku kat opis selalu gak speaking N9. Kalu Perak tu aku selalu speaking ngan member aku si Mirull org Perak kitei. Haha. Nasib baik tak de yg pakai dialek Kedah pulak. Aku selalu gak pakai dialek ni..
That's colourful Malaysian...
Wednesday, October 29, 2014
Satay DIY
Actually ayah buat utk celebrate anak die yg kembar tu a.k.a wife aku dan adik ipar (Ura & Ila). Best tu satay yg ayah aku buat. Anak2 aku makan dengan penuh kusyuk tu...
Tugas aku, macam biasa la, main api sambil membakar satay...
Water Confidence
Seperti yg aku jangkakan mmg susah nak ajak anak-anak aku ni mandi di tempat awam. Kalau dalam kolam ok. Tapi bile pi theme park yg ade air pancut semua dieorg ni jadi tak keruan plak.
Nak di jadikan cerita weekend lepas aku dan family pi ke Bayou Lagoon di Melaka. Menarik tempat tu. Entrance fee pon tak mahal sangat (RM20 utk adult). Ni gambar kami semua. Yg last tu selepas anak-anak penat melarikan diri dr air. Hehe. Kene kuatkan semangat ni. Kene banyak praktis...
Tuesday, September 23, 2014
Menyingkap Kenangan
Hurm ni la aku masa masih belajar dulu. Yg lain tu kawan2 aku. Kite org ni pasukan simpanan (Askar Wataniah). Aku masuk ni sebenarnya nak suka2 jer. Bile dah masuk banyak pulak pengalaman yg ditimba, Kawan2 pon ramai.
Ape la khabar kawan2 aku sekarang. Kat mane la die org. Rindu plak rasanya pada kawan2 dan zaman ni. Walau ape pon aku doakan semua kawan2 aku berjaya dan bahagia.
Wednesday, September 17, 2014
Seharian Bersama Alya Sofea
Pagi2 tu Alya dah bangun dan siap2 mandi pon. Kami semua hantar Amir dulu. Then macam biasa Aku, Wife dan Alya pi breakfast kat Tepian Bangi. After that aku pon hantar la wife aku ke tempat kerja..
Masa hantar wife ke pejabat, Alya ok jer. After that kite org berdua pi ke Sunway Piramid..
Masa kat Sunway aku bawak Alya tengok org main ski. Alya macam berminat jer.. Nanti die besar sikit aku ingat nak bawak jer die main kat sana. Then kite org pi Jusco beli barang sikit. Nak balik tu kite org berdua makan ice cream. Hurm best nyer...
Masuk dalam kereta Alya macam dah ngantuk. Sampai rumah lepas masuk jer terus segar. Hiss budak ni.. Ingat budget nak berehat. Alya nak makan benjo plak.. Masakkan la utk die. Lepas tu baru la puteriku tu beradu. Bangun jer tido, Alya nak amik Ibu die.. Aku pon terus la begerak amik ibunye di KTM Komuter..
What ever happen, these day are Lovely Day....
Wednesday, September 3, 2014
My Job
Lately ni aku bakal diberi tugas baru. Aku yg dulunya tertumpu pada SDH technology kini akan berubah arah kepada EFM.
EFM ni kalau tak biasa dengar sebenarnya adalah Ethernet First Mile. Some sort like copper technology. Sebenarnya technology ni dah lama dah tapi baru lately ni nak diperkenalkan di Malaysia.
Perubahan kerja ni membuatkan aku bertambah workload yg agak melampau. Aku terpaksa bekerja 2-3 kali ganda sb ni adalah produk baru. Kami bermula de scratch. Dr testing equipment, design system, product developement etc.
Penat mmg penat, tapi aku suka jugak masa2 mcm ni. Kat sini aku banyak belajar benda baru dan dapat kawan2 baru. I like....
Hopefully aku akan berjaya di bidang yg aku ceburi sekarang. Aku tak rasa utk aku, tapi utk anak2 dan family. Doakan lah utk aku yer...