Wednesday, August 20, 2014

Org Baru Lagi..

Kenapa lah, bila aku nak tulis blog ni jer adalah masa aku akan dapat org baru.. Hehehe.

Sekarang ni wife aku sedang pregnant kan anak kami yg ke-3. Insyaallah aku akan mendapat ahli baru dalam keluarga tahun depan..

Lama betul tak update blog ni.. Aku ingat nak aktif balik dalam menulis blog ni.. Kalau berkesempatan aku akan update lagi dengan aktiviti aku bersama keluarga..

Thursday, December 20, 2012

Kehadiran Orang Baru Lagi...

Lama betul tak post blog ni. Kehidupan aku kini pon telah banyak berubah drpd yg dulu. Aku kini amat bahagia bersama isteri dan anak2.

Anak2????

Yup.. Tanggal 5 Disember 2012 lahirlah anak kami yg baru. Alhamdulillah kami mendapat anak lelaki yg sihat seberat 3.55kg.. Hurm.. Dah sepasang dah. Best2.. Kami namakan anak kami Amir Safwan (Pemimpin yg Baik).. Semoga Amir menjadi Pemimpin yg Baik... Amin...

Pengalaman aku menjadi seorang ayah mmg mencabar. Sampai nak tulis blog pon tak sempat. hehe. Sebenarnya sibuk melayan anak aku yg manja tu.. Aku berharap anak2 kami menjadi khalifah yg baik di muka bumi ini..

Aku tak nak sambung lagi, cukup la dulu setakat ini selepas hampir 2 tahun aku tak tulis blog ni.. Hopefully ade next post tak lama lagi..

Saturday, April 9, 2011

Kehadiran Orang Baru

Aku rasa amat bertuah sekali.. Tanggal 3 April 2011 jam 5.43 pagi aku dikurniakan seorang baby perempuan yg comei.. Hurmm.. Aku namakan die Alya Sofea. Kalau aku siasat2, dia membawa makna 'Ketinggian Keanggunan'. Sesuai benar la dengan baby aku tu...

Pengalaman menjadi ayah tu mmg la tak de.. Dulu aku nak pegang budak kecik pon aku tak berani. Banyak betul yg perlu aku pelajari.. Actually nak belajar tu aku tak kisah sangat. Boleh jer dipupuk. Dapat lagi, semangat menjadi seorang ayah tu banyak mendorong aku..

Semasa isteri aku kat wad bersalin tu, aku ade sekali. Aku cuak gak. Tapi aku percaya semangat isteri aku kuat. Ape yg aku nak nyatakan kat sini ialah aku amat takjub melihat anugerah tuhan tu. Masa baby tu keluar macam nak menagis aku teringatkan macam mane la Allah boleh jadikan seorang bayi.. Masya'allah.. Sampai sekarang kalau aku terkenang masa bayi tu keluar mmg aku nak menangis melihat bayi yg dijadikan oleh Allah itu..

Selain tu, aku amatlah bersyukur dengan kehadiran org baru dalam keluarga aku.. Semoga kehadirannya membawa sinar dalam keluarga kami dan mendekatkan kami dengan Allah S.W.T. Insya'allah...

Wednesday, March 2, 2011

Kemunculan Semula

Salam,
Dah lama jugak aku tak update ape2 dalam blog ni... Kenape yer??? Aku pon tak tau... Sejak aku tau wife aku pregnant, dunia ni aku rasa sangat lengkap. Aku macam tak perlukan hiburan, internet, movie etc yg berkaitan dengan dunia aku yg satu lagi ni (internet)..

Sekarang ni wife aku dah masuk 8 bulan dah.. Kesian aku tengok die.. Sarat jugak.. Kadang2 aku nak tolong pon tak tau nak buat macam mane.. Aku bukan amik bidang kedoktoran pon, apetah lagi pakar ibu mengandung ni.. Ape yg aku mampu buat adalah layan jer la wife aku selain memanjatkan doa kepada Allah yg Maha Berkuasa..

Banyak jugak persiapan untuk jadi bapak ni.. Hopefully aku dan wife aku dapat mengharungi kehidupan bekeluarga ini.. Korang yg mane tengah merancang nak berkeluarga tu banyakkan ilmu pengetahuan pasal rumahtangga ni, perkukuhkan kewangan etc.. Rumahtangga tu satu tanggungjawab yg kita kena pikul bersama sekeluarga...

Saturday, August 7, 2010

D'PK run

Lama jugak aku tak menulis blog ni. sekarang ni di fikiran ku hanya lah family.. Aku lebih jelas dengan matlamat hidupku.. Apa yg aku lakukan aku fikirkan keluarga ku dulu. Aku berharap aku mampu memikul tanggungjawab yg berat memimpin keluarga ini.

Alhamdulillah.. Kini aku sedar..

Tuesday, July 13, 2010

Trill Day

Hurm....
Hari ni amat mencabar pada aku.. Letih sangat.. Dari pagi tadi banyak sangat masalah yg melanda aku di tempat kerja.. Tak boleh tahan sangat.. Hari ni jer aku dah marah banyak Bos atasan aku, org bawahan dll.. Tak tau la nak cakap ape nasib aku pulak.. Silap2 aku boleh kene domestic enquiry tu...

Kepada Bos, anak buah atau other person yg kene marah ngan aku, aku mintak maaf banyak2.. Hari ni aku angin sangat. Ni pon macam ade perasaan nak marah lagi. Aku kene bersabar ni.

Sorry sangat2..

Saturday, June 19, 2010

Tanggungjawab Baru

Alhamdulillah. Kini dah 3 minggu aku bergelar suami. Aku dah mula menyesuaikan diri dengan kehidupan baru aku. Aku amat la berterima kasih kepada parents, adik-beradik, saudara mara dan rakan-rakan yg banyak memberi bimbingan dan nasihat dalam aku mendirikan rumahtangga ini. Tidak lupa buat isteriku yg tersayang, abg amat menghargai pengorbanan mu sayang..

Doakan kami berkekalan dan berbahagia ke akhir hayat.