Saturday, April 9, 2011

Kehadiran Orang Baru

Aku rasa amat bertuah sekali.. Tanggal 3 April 2011 jam 5.43 pagi aku dikurniakan seorang baby perempuan yg comei.. Hurmm.. Aku namakan die Alya Sofea. Kalau aku siasat2, dia membawa makna 'Ketinggian Keanggunan'. Sesuai benar la dengan baby aku tu...

Pengalaman menjadi ayah tu mmg la tak de.. Dulu aku nak pegang budak kecik pon aku tak berani. Banyak betul yg perlu aku pelajari.. Actually nak belajar tu aku tak kisah sangat. Boleh jer dipupuk. Dapat lagi, semangat menjadi seorang ayah tu banyak mendorong aku..

Semasa isteri aku kat wad bersalin tu, aku ade sekali. Aku cuak gak. Tapi aku percaya semangat isteri aku kuat. Ape yg aku nak nyatakan kat sini ialah aku amat takjub melihat anugerah tuhan tu. Masa baby tu keluar macam nak menagis aku teringatkan macam mane la Allah boleh jadikan seorang bayi.. Masya'allah.. Sampai sekarang kalau aku terkenang masa bayi tu keluar mmg aku nak menangis melihat bayi yg dijadikan oleh Allah itu..

Selain tu, aku amatlah bersyukur dengan kehadiran org baru dalam keluarga aku.. Semoga kehadirannya membawa sinar dalam keluarga kami dan mendekatkan kami dengan Allah S.W.T. Insya'allah...

Wednesday, March 2, 2011

Kemunculan Semula

Salam,
Dah lama jugak aku tak update ape2 dalam blog ni... Kenape yer??? Aku pon tak tau... Sejak aku tau wife aku pregnant, dunia ni aku rasa sangat lengkap. Aku macam tak perlukan hiburan, internet, movie etc yg berkaitan dengan dunia aku yg satu lagi ni (internet)..

Sekarang ni wife aku dah masuk 8 bulan dah.. Kesian aku tengok die.. Sarat jugak.. Kadang2 aku nak tolong pon tak tau nak buat macam mane.. Aku bukan amik bidang kedoktoran pon, apetah lagi pakar ibu mengandung ni.. Ape yg aku mampu buat adalah layan jer la wife aku selain memanjatkan doa kepada Allah yg Maha Berkuasa..

Banyak jugak persiapan untuk jadi bapak ni.. Hopefully aku dan wife aku dapat mengharungi kehidupan bekeluarga ini.. Korang yg mane tengah merancang nak berkeluarga tu banyakkan ilmu pengetahuan pasal rumahtangga ni, perkukuhkan kewangan etc.. Rumahtangga tu satu tanggungjawab yg kita kena pikul bersama sekeluarga...